"PORTAL"

*CARA SEMAK SLIP PENYATA GAJI ONLINE BAGI KAKITANGAN AWAM.

Kepada semua pejawat awam. anda kini sudah boleh mandapatkan slip penyata gaji secara online melalui sistem e-penyata gaji yang tersedia oleh jabatan akuntan negara malaysia (JANM).
Cara-cara mendapatkan penyata gaji online:
Cara untuk mendaftar, pengguna wajib melayari web ANM. (http://www.anm.gov.my) seterusnya klik pada e-penyata gaji dan laporan tahunan. Sila layari pautan dibawah untuk ke penyata gaji online: "e-Penyata Gaji dan Laporan Tahunan." Selanjutnya, klik pada "Pertama Kali Mendaftar" dan penuhkan ruangan kosong dengan butiran.



*PERMOHONAN ONLINE JAWATAN KOSONG KERAJAAN SPA.


 Iklan permohonan jawatan kosong dalam sektor kerajaan SPA.
Pihak suruhanjaya perkhikmatan memberi peluang pada seluruh individu diluar sana untuk mengisi kekosongan perkhidmatan awam, Pendaftaran permohonan jawatan adalah dibuka pada sepanjang masa melalui talian online.
 Penhantaran surat menyurat dan resume tidak diperlukan jika membuat permohonan atas talian. Segala permohonan boleh diisi secara online melalui portal http://www.spa.gov.my
 Calon yang berjaya akan ditapis dengan kaedah temuduga jika anda terpilih untuk proses temuduga.
Segala urusan pengambilan adalah tertakluk pada kekosongan jawatan pada sesebuah jabatan.
 Pemohon jawatan kosong kerajaan SPA.
Sila layari : http://spa.gov.my/Portal/MaklumanBorangSPA8i



*PERMOHONAN ONLINE KEMASUKAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH
  SBP TINGKATAN 1 & 4



PROSEDUR PERMOHONAN MURID KE TINGKATAN SATU (1) SBP
1. Murid memohon menggunakan Sistem Permohonan Atas Talian Tingkatan Satu (1) melalui laman web KPM http://www.moe.gov.my
2. Murid mencetak dua (2) salinan maklumat permohonan.
3. Salinan pertama maklumat permohonan diserahkan kepada Guru Besar Sekolah masing-masing.
4. Salinan kedua maklumat permohonan dihantar kepada Pengetua SBP mengikut pilihan murid.

SYARAT PEMILIHAN MURID TINGKATAN SATU (1) SBP
1. Warganegara Malaysia
2. Murid Sekolah Kebangsaan (SK).
3. Memperolehi 5A atau 4A 1B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan mata pelajaran Matematik dan Sains memperoleh gred A.
4. Aktif dalam kokurikulum.

KEPUTUSAN PEMILIHAN DAN PENEMPATAN MURID TINGKATAN SATU (1) SBP
1. Keputusan akan diumumkan selewat-lewatnya dalam tempoh 45 hari setelah keputusan UPSR diumumkan.
2. Semakan keputusan boleh dibuat melalui ketetapan berikut: - See more at: http://www.the-faceblog.com